Pelajar IPG Kampus Darulaman Merangkul Pingat Emas di THE INTERNATIONAL CONFERENCE AND COMPETITION ON TEACHING AND LEARNING (iTelearN2017) 2020.

|RAKAMAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH|

Pihak pengurusan IPG Kampus Darulaman mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pasukan inovasi yang diketuai oleh Saudara Muhammad Afifuddin Bin Ahsian, pelajar PISMP Jun 2017 PENDIDIKAN ISLAM atas kejayaan Pingat Emas melalui penyertaan dalam pertandingan THE INTERNATIONAL CONFERENCE AND COMPETITION ON TEACHING AND LEARNING (iTelearN2017) 2020.

TAJUK INOVASI : MAL-SIFU

AHLI :
1. Muhammad Afifuddin Bin Ahsian
2. Nursyahzanani Binti Mohd Nasir
3. Amnah Munirah Binti Mat Deris
4. Siti Nur Adibah binti Mohd Razis

PENSYARAH PEMBIMBING : En. Saifuddin Azam Shah

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan pelajar yang lain.

SELAMAT MAJU JAYA

#ipgkdapenerajukecemerlangan
#ipgkdaperihatin

INOVASI : MAL-SIFU

Inovasi Rekayasa ‘MAL-SIFU’ berfokaskan Anjakan ke-7 dan Anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Inovasi ini mengintegrasikan konsep heutagogi, cybergogi dan peeargogi untuk mewujudkan proses PdP yang menarik dan bermakna selari dengan perkembangan Teknologi Digital dalam Pendidikan dan Revolusi Industri 4.0. Rekabentuk aplikasi inovasi ini secara Dalam Talian (online) dan Tanpa Talian (offline) didasari oleh Teori Perkembangan Kognitif Lee Vygotsky (Zon Perkembangan Proksimal dan Scaffolding) bagi meningkatkan potensi dan kualiti kognitif dalam kalangan murid sekolah.

Keputusan analisis kajian impak menunjukkan bahawa kebolehgunaan Inovasi Rekayasa ‘MAL-SIFU’ berada pada tahap yang tinggi iaitu antara skor min 2.62 hingga 2.90. Keputusan analisis jelas menunjukkan kebolehgunaan kit inovasi ini memberikan impak positif kepada pelajar dalam membantu pembelajaran secara holistik.