Pendaftaran Pelajar Baharu Ambilan Jun 2020: PDPP PPC, PITO dan PPISMP

Tahun 2020, JHEP telah mendaftar pelajar baharu bermula dengan kumpulan Progran Diploma Pascasiwazah Perguruan (PDPP) Pelajar cemerlang (PPC) dan Program Intervensi Tambah Option (PITO) pada 24 Ogos 2020. Kali ini seramai 18 orang pelajar PDPP PPC Bahasa Arab dan pelajar PITO Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran telah mendaftar secara dalam talian. Pelajar kedua-dua program ini mengikuti taklimat sepenuhnya secara dalam talian. Begitu juga dengan kuliah mereka untuk tempoh semester Ogos 2020 ini juga dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian.

Pada 1 September 2020 pula, JHEP menerima seramai 242 orang pelajar Program ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Berlainan daripada pelajar PDPP dan PITO, pelajar PPISMP hadir secara fizikal ke kampus untuk mendaftar. Mereka telah melalui prosedur standard operasi (SOP) yang ketat semasa hari pertama hadir ke kampus. Sesi pendaftaran dan taklimat sepanjang tiga hari berjalan dengan lancar dan tidak ada ancaman risiko jangkitan Covid-19.