Pilihanraya JPP IPGKDA 2019

PILIHANRAYA JPP IPGKDA 2019

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah berjaya mengadakan pilihan raya Kampus Pada 30 Januari 2019. Proses pilihan raya kampus kali ini diadakan hampir mirip pilihan raya umum sebenar.

Pilihan Raya secara kolaborasi dengan pihak Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah turut mendapat kerjasama anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu.

Perjalanan pilihan raya kali ini bermula dengan proses penamaan calon pada 16 Januari 2019, diikuti dengan Hari Manifesto Pada 23 Januari 2019. Calon-calon juga berpeluang berpidato untuk berkempen di pentas Pusat Kegiatan Pelajar setiap pagi dari jam 7.30-8.00 pagi, bermula dari 17 Januari hingga 29 Januari.

Sebanyak 16 orang calon bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan 74 orang calon bertanding jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (AMM).
7 orang calon berjaya dipilih sebagai AMT dengan saudara Muhammad Shahid Silmie Zainuddin mendapat undi terbanyak, iaitu 636 undi. Manakala 20 orang lagi berjaya dipilih sebagai AMM dengan saudara Mohammad Nor Khairie Salleh telah mendapat undi terbanyak, iaitu 517 undi.

Seramaj 841 daripada 843 orang pelajar telah menunaikan tanggungjawab mereka membuang undi dalam pilihan raya tersebut.

Menurut Datin Naimah Jaafar,, Pengarah IPGKDA, “Pilihan raya ini merupakan proses pendidikan kepada bakal guru. Pelajar dapat merasai dan memahami proses sesuatu pilihan raya sebenar dijalankan. Pengalaman ini sangat memberi manfaat kepada pelajar kerana apabila berada di sekolah nanti mereka boleh menggunakan pengalaman sebagai petugas pilihan raya di samping boleh menyampaikan ilmu kepada murid-murid.”

Turut melawat dan memantau proses membuang undi ialah YB. Dr. Azman ISMAIL (Ahli Parlimen Kuala Kedah), Datin Naimah Jaafar (Pengarah IPGKDA), YM Tengku Adli Raja Omar(Pengarah SHEPHL IPGM), dan Encik Zuhri Ismail (Pengarah Pilihan Raya Negeri Kedah

WhatsApp Image 2019-01-30 at 8.02.46 AM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 10.18.55 PM

 

WhatsApp Image 2019-01-30 at 9.05.54 AM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 9.05.30 AM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 9.04.45 AM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 8.12.51 AM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 8.12.19 AM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 8.08.35 AM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 8.05.52 AM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 8.03.26 AM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 9.06.13 AM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 10.18.58 PM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 10.18.57 PM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 10.18.56 PM

WhatsApp Image 2019-01-30 at 10.18.55 PM

Leave a Reply

Your email address will not be published.