Perjumpaan Pendaftaran Barangan Elektrik Pelajar Kolej Kediaman IPGKDA
Perjumpaan Semua Pelajar Kolej Kediaman bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Warden telah diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 13 – 15 ogos 2018 (Isnin – Rabu)
(Mengikut kolej kediaman)
Tempat : Kolej Kediaman
Intipati program adalah untuk menyampaikan taklimat dan pesanan berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku, peringatan tentang peraturan institut dan asrama serta pendaftaran elektrik di kolej kediaman. Antara yang menjayakan program tersebut adalah ketua jabatan hal ehwal pelajar, timbalan ketua jabatan hal ehwal pelajar, ketua warden, dan warden iaitu En Sidek, Pn Zarina dan YM Tengku Norhani.