Aluan Ketua Jabatan

Assalamualaikum Warahmatulllahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya tapak laman Web Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Darulaman “http://jhep.ipgkda.edu.my/ ”  bagi Tahun 2017 dapat disempurnakan.  Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus untuk merealisasikan proses penerbitan laman web ini

Sebenarnya besar impak dalam penghasilan tapak web begini sebagai suatu wahana penyampaian maklumat khusus untuk pelajar dan warga IPG Kampus Darulaman dan amnya bagi pihak yang berkepentingan dalam perguruan. Diharap laman web ini sentiasa membawa lembaran baharu bagi melaksanakan setiap aktiviti yang akan dijayakan oleh Jabatan HEP. Blog seperti ini merupakan  tapak info program dan aktiviti Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kampus Darulaman yang boleh dimanafaatkan bersama.

Slogan utama jabatan ini ‘MEMBINA CITRA GURU’ akan lebih menyerlah dengan menjadikan jhep.ipgkda.edu.my. sebagai salah satu  wadah rujukan  dalam menjayakan segala perancangan bagi Tahun 2017

Sekalung penghargaan juga saya dedikasikan kepada semua pensyarah, pegawai pengurusan dan kakitangan sokongan Jabatan HEP yang telah bertungkus-lumus merancang, memproses dan membina laman web Jabatan HEP bagi Tahun 2017. Semoga semua yang dirancang dapat dijayakan berdasar fungsi utama HEP IPGKPM. Sekian, terima kasih Hj Mohamad Fauzi Hamid Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*