Print
Hits: 3563

 PENGENALAN

Jabatan llmu Pendidikan merupakan jabatan akademik yang menawarkan kompenan Asas Pendidikan yang mengandungi  pelbagai kursus melibatkan semua program pengajian di IPG Kampus Darulaman. Jabatan ini menawarkan satu komponen generik iaitu kursus Pengantar Pengajian Pendidikan.  Penawaran kursus di jabatan ini  merangkumi pelbagai disiplin ilmu pendidikan iaitu; falsafah pendidikan, psikologi pendidikan, pedagogi, sosiologi pendidikan, pentaksiran dalam pendidikan dan pengurusan pendidikan.  Program pengajian  yang terlibat meliputi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Jabatan ini juga mentadbir urus prasekolah IPG Kampus Darulaman. Jabatan ini menjadi penggerak bagi merealisasikan visi dan misi IPG melalui pendidikan yang berkualiti dan menepati keperluan transformasi pendidikan negara ke arah Masyarakat 5.0. Bagi mencapai visi dan misi tersebut, jabatan ini sepakat memberi fokus dan sinergi kepada pelaksanaan pembelajaran bermakna menggunakan teknologi ubiquitous, persekitaran pembelajaran, pemanfaatan digital, rakan pembelajaran dan amalan pedagogi kontemporari bagi melahirkan guru yang dinamik dan kompetitif serta berjiwa pendidik. Para pensyarah jabatan ini mempunyai Body of Knowledge (BOK) dalam bidang kepakaran masing-masing. Pensyarah jabatan ini juga bergiat aktif dalam pelbagai penyelidikan, pembentangan kertas kerja, penerbitan artikel jurnal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta aktiviti Continuing Professional Development (CPD) kepada agensi dalam dan luar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pedagogi kontemporari dan psikologi pendidikan.   

 

Fungsi Jabatan